Tuesday, January 11, 2011

Pengenalan


Program River Ranger adalah satu inisiatif dari Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) dengan harapan segala aktiviti pemuliharaan sungai di sertai dan didokongi secara aktif oleh komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti memberi kesedaran tentang kepentingan sungai terhadap kehidupan, kepentingan menjaga habitat dan ekologi hidupan air, kepentingan melindungi sungai dari unsur-unsur pencemaran juga aktiviti-aktiviti pemuliharaan. Aktiviti-aktiviti River Ranger dilakukan dalam bentuk kempen kesedaran dan program-program kemasyarakatan yang melibatkan komuniti setempat seperti gotong-royong, seminar kesedaran dan sebagainya.

Program River Ranger diwakili oleh pegawai dari JPS sebagai pengerak utama manakala ahlinya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu River Ranger komuniti yang terdiri dari komuniti setempat seperti Jawatan Kuasa Kampung (JJK) atau pertubuhan badan bukan kerajaan. Manakala satu kumpulan lagi dikenali sebagai River Ranger Sekolah yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

No comments:

Post a Comment