Saturday, October 1, 2011

Jambori River Ranger JPS Malaysia 2011 di Alor Gajah, Melaka

Jambori River Ranger JPS Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan di Permata Resort, Alor Gajah Melaka bermula 23hb., September hingga 25 September, 2011. Seramai lebih 150 orang telah mengambil bahagian didalam Jambori kali kedua ini yang merangkumi penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah, komuniti setempat dan pegawai serta kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran dari seluruh negara.

Negeri Pahang telah diwakili oleh 6 orang pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, seorang guru pengiring dari sekolah yang sama, dua (2) orang wakil komuniti dan seorang kakitangan JPS Daerah Kuantan.






 
Walaupun Pahang tidak memenangi apa-apa hadiah didalam temasya kali ini, namun lagu tema T3RP telah didendangkan khas kepada semua peserta dan hadirin pada Majlis Perasmian/Penutup dan telah mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. SYABAS dan Tahniah kepada Pelajar-pelajar dari SMART, wakil PSK dan kakitangan JPS Daerah Kuantan yang telah mengharumkan nama kontinjen dari Negeri Pahang.
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


  

No comments:

Post a Comment