Sunday, June 19, 2011

Majlis Perasmian Penutup oleh Dato' Hj Zulkefli

Hari terakhir di Semuji Agro Resort. Urusetia dan peserta dihidangkan dengan durian sebelum majlis perasmian dijalankan. Acara perasmian & penutup disempurnakan oleh Dato' Haji Zulkefli Bin Hassan, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang. Majlis itu juga diserikan dengan penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik dan anugerah Emas. Kumpulan terbaik dipilih berdasarkan markah yang dikumpul semasa modul dan juga semasa perbentangan akhir. Kumpulan pH 7 telah memenangi kumpulan terbaik yang dipimpin oleh Nik Muhamad Ammar Arif yang juga memenangi Anugerah Emas bagi kategori lelaki. Anugerah Emas bagi kategori perempuan disandang oleh Anis Yasmin.























































 

 

 

 

 

 

 


with love, T3RP



No comments:

Post a Comment