Saturday, October 29, 2011

MENYUSURI KHAZANAH ALAM YANG TIDAK TERNILAI

Semua Pegawai-pegawai atasan dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang telah menyusuri Sg Pahang/Sg Tembeling dari Kuala Tahan hingga ke Kg Bantal pada 28hb Oktober, 2011. Kami telah diberi layanan yang sangat istimewa oleh penduduk-penduduk Kg Bantal. Semangat gotong royong dikalangan penduduk kampong untuk memasak juadah makan tengahari dan makan malam kami masih menebal dan harus menjadi contoh kpada generasi muda sekarang ini terutama sekali dikawasan bandar.

Saturday, October 1, 2011

Jambori River Ranger JPS Malaysia 2011 di Alor Gajah, Melaka

Jambori River Ranger JPS Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan di Permata Resort, Alor Gajah Melaka bermula 23hb., September hingga 25 September, 2011. Seramai lebih 150 orang telah mengambil bahagian didalam Jambori kali kedua ini yang merangkumi penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah, komuniti setempat dan pegawai serta kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran dari seluruh negara.

Negeri Pahang telah diwakili oleh 6 orang pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, seorang guru pengiring dari sekolah yang sama, dua (2) orang wakil komuniti dan seorang kakitangan JPS Daerah Kuantan.






 
Walaupun Pahang tidak memenangi apa-apa hadiah didalam temasya kali ini, namun lagu tema T3RP telah didendangkan khas kepada semua peserta dan hadirin pada Majlis Perasmian/Penutup dan telah mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. SYABAS dan Tahniah kepada Pelajar-pelajar dari SMART, wakil PSK dan kakitangan JPS Daerah Kuantan yang telah mengharumkan nama kontinjen dari Negeri Pahang.
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI