Sunday, June 19, 2011
BENGKEL PEMULIHARAAN, RAWATAN & PENCEGAHAN SUNGAI
BENGKEL KESEDARAN PEMULIHARAAN DAN RAWATAN SUNGAI DI SEMUJI AGRO RESORT, GAMBANG, KUANTAN.
6 - 8 JUN, 2011
Bengkel selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mendidik remaja sekolah mengenali lebih mendalam mengenai penjagaan dan rawatan sungai. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat remaja menyertai serta pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar terumatanya sungai. Dengan ada nya bengkel seperti ini, diharap remaja dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari sekaligus mengeratkan hubungan antara ahli T3RP.
:)))
with love, T3RP
bbq && persembahan kreatif
Setinggi ucapan terima kasih kepada Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Dato' Hj. Zulkefli bin Hassan serta timbalan atas kesudian meluangkan masa bersama peserta pada malam terakhir di Semuji Agro Resort. Pada malam itu, para hadirin dihidangkan juga dengan persembahan kreatif oleh semua kumpulan.




Majlis Perasmian Penutup oleh Dato' Hj Zulkefli
Hari terakhir di Semuji Agro Resort. Urusetia dan peserta dihidangkan dengan durian sebelum majlis perasmian dijalankan. Acara perasmian & penutup disempurnakan oleh Dato' Haji Zulkefli Bin Hassan, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang. Majlis itu juga diserikan dengan penyampaian hadiah bagi kumpulan terbaik dan anugerah Emas. Kumpulan terbaik dipilih berdasarkan markah yang dikumpul semasa modul dan juga semasa perbentangan akhir. Kumpulan pH 7 telah memenangi kumpulan terbaik yang dipimpin oleh Nik Muhamad Ammar Arif yang juga memenangi Anugerah Emas bagi kategori lelaki. Anugerah Emas bagi kategori perempuan disandang oleh Anis Yasmin.

























with love, T3RP
Subscribe to:
Posts (Atom)













































































