Sunday, December 4, 2011

Bersama YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar di Pinggiran Sg Galing, Kuantan, Pahang

Seramai 22 orang T3RP telah menyertai program menyambut YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sempena lawatan rasmi beliau ke Pinggiran Sg Galing, Kuantan pada 30hb, November, 2011. Ahli T3RP yang telah datang seawal jam 12.30 ptg, telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penglibatan program-program yang melibatkan pemuliharaan sungai.



 

Kehadiran T3RP telah mendapat pujian daripada YB Menteri dan merasa bangga dengan komitmen yang diberi sehingga dengan secara sendiri memohon gambarnya diambil bersama-sama ahli T3RP yang hadir. SYABAS dan TAHNIAH kepada semua T3RP yang hadir pada hari tersebut.



Saturday, October 29, 2011

MENYUSURI KHAZANAH ALAM YANG TIDAK TERNILAI

Semua Pegawai-pegawai atasan dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang telah menyusuri Sg Pahang/Sg Tembeling dari Kuala Tahan hingga ke Kg Bantal pada 28hb Oktober, 2011. Kami telah diberi layanan yang sangat istimewa oleh penduduk-penduduk Kg Bantal. Semangat gotong royong dikalangan penduduk kampong untuk memasak juadah makan tengahari dan makan malam kami masih menebal dan harus menjadi contoh kpada generasi muda sekarang ini terutama sekali dikawasan bandar.

Saturday, October 1, 2011

Jambori River Ranger JPS Malaysia 2011 di Alor Gajah, Melaka

Jambori River Ranger JPS Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan di Permata Resort, Alor Gajah Melaka bermula 23hb., September hingga 25 September, 2011. Seramai lebih 150 orang telah mengambil bahagian didalam Jambori kali kedua ini yang merangkumi penyertaan daripada pelajar-pelajar sekolah, komuniti setempat dan pegawai serta kakitangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran dari seluruh negara.

Negeri Pahang telah diwakili oleh 6 orang pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan, seorang guru pengiring dari sekolah yang sama, dua (2) orang wakil komuniti dan seorang kakitangan JPS Daerah Kuantan.






 
Walaupun Pahang tidak memenangi apa-apa hadiah didalam temasya kali ini, namun lagu tema T3RP telah didendangkan khas kepada semua peserta dan hadirin pada Majlis Perasmian/Penutup dan telah mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. SYABAS dan Tahniah kepada Pelajar-pelajar dari SMART, wakil PSK dan kakitangan JPS Daerah Kuantan yang telah mengharumkan nama kontinjen dari Negeri Pahang.
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI


  

Thursday, September 15, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA T3RP2011 DI PADANG MPK




Seramai 20 orang ahli T3RP telah menyertai majlis santai berbuka puasa bersama JPS dan Persatuan Sejahtera Kuantan di Padang MPK pada 27 Ogos, 2011.

Selain daripada menyertai pelbagai program berkaitan sungai, T3RP juga melibatkan diri didalam aktiviti-aktivi sampingan lain bagi mengeratkan silaturahim kalangan ahli selain JPS dan Persatuan Sejahtera Kuantan.

Sunday, June 19, 2011

T3RP & media massa :)




credit to Harian Metro dan Sinar Harian
with love, T3RP

BENGKEL PEMULIHARAAN, RAWATAN & PENCEGAHAN SUNGAI

BENGKEL KESEDARAN PEMULIHARAAN DAN RAWATAN SUNGAI DI SEMUJI AGRO RESORT, GAMBANG, KUANTAN.
6 - 8 JUN, 2011




Bengkel selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk mendidik remaja sekolah mengenali lebih mendalam mengenai penjagaan dan rawatan sungai. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat remaja menyertai serta pendedahan tentang pentingnya penjagaan alam sekitar terumatanya sungai. Dengan ada nya bengkel seperti ini, diharap remaja dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari sekaligus mengeratkan hubungan antara ahli T3RP.
:)))

with love, T3RP

bbq && persembahan kreatif

Setinggi ucapan terima kasih kepada Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Dato' Hj. Zulkefli bin Hassan serta timbalan atas kesudian meluangkan masa bersama peserta pada malam terakhir di Semuji Agro Resort. Pada malam itu, para hadirin dihidangkan juga dengan persembahan kreatif oleh semua kumpulan.